Market Crash

On 4th August 2011, we sent an email alert to our clients to switch from equity funds to bond fund as the world is getting into a recession mode again. This recession may likely last for a year or two. By holding on to an equity fund, the investment value is quickly eroded. Switching to bond is a wise move. That is the kind of service we give to our clients. We eagerly await the time when this is over to go into the equiy funds again when the market starts to show sign of recovery.

Advertisements
Posted in Uncategorized | Leave a comment

The start of another bear market

On 4th August 2011, we sent an email alert to our clients to switch from equity funds to bond fund as the world is getting into a recession mode again. This recession may likely last for a year or two. By holding on to an equity fund, the investment value is quickly eroded. Switching to bond is a wise move. That is the kind of service we give to our clients. We eagerly await the time when this is over to go into the equiy funds again when the market starts to show sign of recovery.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

How KLSE looks right now (8-Oct-2010)

image

Cycle is up. Momentum is positive. Momentum of other Asia Pacific indices is up.

We are in the bullish phase now. Out with the old, in with the new. Would you like me to tell you when the season change? i.e market moves down, so that you can protect your profit? Email me at belirendahjualtinggi@gmail.com to enhance your unit trust profitability.

Posted in Uncategorized | 2 Comments

Switching

The article below describes what switching is and why it is important.

http://www.iankree.com/2010/02/19/money-game/turn-your-mutual-funds-switch-on-and-off/

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Beli Rendah Jual Tinggi : Teknik Menggandakan Simpanan Anda

Bagaimana jika anda boleh membeli rendah dan menjual tinggi di pasaran saham?

image

Sudah tentu ia adalah sesuatu yang diimpikan oleh ramai!

 

Tetapi ramai yang mengatakan ia mustahil dilakukan. Benarkah begitu? Sebenarnya tidak, dengan izin Allah, ia adalah sesuatu yang tidak mustahil dan mampu dilakukan oleh segelinitir kecil pelabur.

Dalam buku Market Wizards: Interviews with Top Traders, terkandung temuramah dengan ramai pelabur yang telah disahkan mengaut keuntungan tinggi melalui pasaran saham setiap tahun dari 20% setahun sehinggalah beberapa ratus peratus setahun! Tiada daya dan usaha melainkan dengan izin Allah, mereka berjaya atas sebab-sebab mereka mempunyai ilmu, gigih berusaha, mempunyai kaedah yang konsisten dan tidak terlalu mengikut emosi dalam melabur.

 

Market wizards.jpg

 

 

Saya telah mengikuti pasaran saham selama 10 tahun, dan akhirnya setelah menjalankan penyelidikan telah menemui kaedah yang sesuai digunakan, terbukti berkesan yang mana hasil analisa melalui kaedah tersebut saya kongsi bersama client saya yang mahu untung, tidak rugi besar dan sakit-sakit kepala. Dan untuk lebih mudah lagi, anda tidak perlu melibatkan diri dengan pasaran saham secara langsung, sebaliknya segalanya mudah dilakukan dengan saham amanah (unit trust) yang mengikut pergerakan bursa saham.

Dengan mengunakan prinsip-prinsip asas teknikal analisis, Alhamdulillah saya telah mencipta kaedah yang dapat menentukan samada pasaran saham mula naik, mendatar, atau turun. Oleh itu para pelabur dapat membeli dan menjual pada masanya, sekaligus memaksimakan keuntungan dan melindungi keuntungan.

Perlulah diketahui bahwa saya adalah client kepada diri saya sendiri, di mana sejumlah besar simpanan/pendapatan saya, saya laburkan di dalam unit trust. Kenapa? Dengan kaedah saya ini…

  • Alhamdulillah keuntungan dapat digandakan dengan cepat, berbanding dengan masa saya menyimpan di bank atau tempat-tempat lain.
  • Saya dapat melindungi keuntungan saya. Maksudnya, bila pasaran saham/unit trust meningkat, saya mendapat keuntungan, tetapi bila pasaran saham mulai turun, kaedah saya memerlukan saya menjual agar keuntungan tersebut dapat diraih dan tidak hilang begitu saja.
  • Saya tidak perlu membuat ramalan atau risau mengenai pergerakan pasaran saham untuk memaksima keuntungan. Kebanyakkan mereka yang membuat ramalan mengalami kerugian.
  • Saya dapat memudahkan analisis yang yang rumit.

Semua ini saya dapati dengan kaedah yang diberi nama..

image

UT adalah singkatan bagi Unit Trust (Saham Amanah), manakala penambahan XRAY adalah kerana sistem ini seakan-akan melihat tembus kepada kekuatan pasaran saham, lantas menunjukkan kekuatan atau kelemahan pasaran saham pada bila-bila masa.

Apakah unit trust atau saham amanah? Unit Trust adalah portfolio yang mengandungi pelbagai pegangan saham, dengan menganalisa carta pergerakan bursa saham dengan sistem UT-XRAY ini, saya dapat mengambil keputusan, insyaAllah dengan tepat, samada ia masa sesuai untuk membeli atau menjual! Sila lihat carta yang disediakan oleh Public Mutual (click di sini) yang menunjukkan UT akan bergerak mengikut benchmark, iaitu bursa-bursa/indeks saham.

 

Kesimpulannya sistem UT-XRAY ini adalah

MUDAH, TENANG DAN MENGUNTUNGKAN

Baiklah mari kita lihat sistem yang menarik ini dan bagaimana ia berfungsi?

 

Kajian kes (Case Study) : Membeli rendah pada awal 2010.

KLCI (Kuala Lumpur Composite Index)  telah menjunam dari Januari 2008 hinggalah penghujung 2009 sebanyak 44%!. Bilakah waktu yang sesuai untuk membeli? Adakah ia mungkin jatuh lagi? Persoalan inilah yang dijawab dengan kaedah UT-XRAY. Sila lihat carta KLCI di bawah.

image 

Sistem UT-XRAY memberi isyarat-isyarat mudah kepada saya.

 

Isyarat 1: Kitaran (cycle) pasaran saham.

Pasaran saham ada turun dan naiknya mengikut kitaran. Sistem saya mengesan hala tuju kitaran tersebut seperti di bawah.

image

image

 

Carta di bawah menunjukkan kitaran dari tahun 1996-2010. Apabila perubahan kitaran timbul, ia boleh dimanfaatkan untuk mendapat atau melindungi keuntungan. Kitaran ini sesuai bagi pelabur jangka panjang yang mahu memaksimumkan keuntungan tanpa perlu memeningkan kepala selalu.

image

 

Isyarat 2: Analsis momentum harga bursa

Hasil pemerhatian saya, saya telah menghasilkan formula yang boleh menentukan secara objektif momentum pasaran saham. Ia menandakan biru pada harga bursa apabila naik dan merah apabila turun. Mudah saja. Petanda semakin JELAS apabila..

Isyarat Kitaran + Isyarat momentum digabungkan bersama

Lihat bagaimana dalam carta di bawah pada bulan Februari 2008, penanda aras Bursa Malaysia bertukar dari biru ke merah (Isyarat 2) bersama dengan arah kitaran (Isyarat 1)

image

Warna biru dan merah pada petanda KLCI adalah momentum, manakala jalur biru dan merah di bahagian bawah carta adalah……

Isyarat 3: Momentum bursa-bursa saham lain di Asia Pasifik. 

 

Carta Bursa Malaysia dari tahun 2003-2009 di bawah menunjukkan isyarat 3 yang berpanjangan adalah selari dengan isyarat 1. Isyarat 3 adalah momentum bursa-bursa lain di Asia Pasifik.

Ia penting kerana dalam carta di bawah, pada tahun 2005, walaupun Bursa Malaysia dalam kitaran menuju ke atas, tetapi ia tidak berapa rancak. Sesekali isyarat 2 bertukar kepada merah dari biru, namun tanpa isyarat 3, iaitu jalur biru/merah berpanjangan, ia bukanlah isyarat yang benar. 

Ternyata, apabila ketiga-tiga isyarat tersebut selari, ia menunjukkan pergerakan yang positif.

image

Kenapa isyarat 3 itu penting? Kerana bursa-bursa Asia/sedunia biasanya bergerak hampir serentak. Oleh itu keadaan yang tidak jelas dalam satu bursa mungkin kelihatan lebih jelas di bursa yang lain. Itulah pentingnya juga, isyarat seterusnya, jika isyarat ketiga ialah analisa momentum bursa lain, isyarat keempat ialah analisa kitaran bursa-buirsa lain.

 

Isyarat 4: Analisis kitaran bursa-bursa lain

Oleh sebab pergerakan yang seiring bursa-bursa lain, dalam setiap keputusan yang diambil, dengan menganalisa bursa-bursa saham lain, hala tuju bursa semakin jelas.  Tambah lagi, ada unit trust di Malaysia yang mana pegangan sahamnya adalah saham di luar negara seperti di China dan Indonesia. Oleh itu, khusus bagi menentukan hala tuju unit-unit trust seperti ini, hala tuju bursa saham lain perlu dianalisa.

Dua carta di bawah menunjukkan persamaan pergerakan bursa Malaysia dan Hang Seng (hong Kong), yang mana jika keadaan mana-mana bursa mengelirukan, analisa bursa lain boleh dilihat untuk menjernihkan pandangan.

image

image

Ternyata dalam tahun 1994, di mana KLCI tidak menunjukkan arah pergerakan yang menentu, kitaran indeks Hang Seng lebih jelas menunjukkan pergerakan ke bawah yang boleh dijadikan panduan buat KLCI. Dan pada tahun hadapannya, ia bertukar arah naik semula, juga membantu menjelaskan hala tuju Bursa Malaysia.

Jelas gabungan keempat-keempat isyarat di atas mengurangkan risiko kerugian. Pernahkah anda kerugian besar dalam unit trust? Keempat-empat isyarat di atas kesemuanya tidak akan membenarkan kerugian beterusan, sekaligus menyelamatkan pelabur unit trust dari kerugian besar insyaAllah.

Akhir sekali, mari kita lihat isyarat yang ke-5, isyarat yang terakhir tapi bukan paling remeh.

 

Isyarat 5: Kadar kelajuan gerakan

Isyarat 5 adalah isyarat moentum, tetapi ia bukan seperti isyarat 2. Jika isyarat 2 mengambarkan musim membeli dan menjual, isyarat 5 adalah memberi kadar kelajuan gerakan satu saham.

KRISIS PASARAN SAHAM TAHUN 1997

Masih ingat krisis pasaran saham dan matawang Asia Tenggara tahun 1997? KLCI menjunam hampir 80%!!

 image

Jom, mari kita lihat dengan lebih dekat lagi.

image

Eh, nombor-nombor apa tu? Ada 0, 1, 2, 3 dan seterusnya? Itulah isyarat ke 5. Ia adalah seperti gear kereta. Makin tinggi makin laju. Bagaimana memahaminya dalam konteks saham?

0 dan 1 adalah pergerakan saham yang tak bermaya.

2 ada sedikit kekekuatan sahaja

3 agak laju

4 ke atas memang agak laju

Cuba tengok dalam tahun 1997. Sebelum KLCI turun mendadak, nombor “gear” tersebut naik dari 1..ke 2….ke 3..sebelum 4 dan 5. Ini menunjukkan peningkatan pecutan harga, mesti diambil serius, jika harga sedang turun, ia menunjukkan ia semakin cepat turun, dan begitulah sebaliknya. 

Jika dilihat sebelum kejatuhan pasaran saham, nombor yang ada hanyalah 0, 1, 2 dan pergerakan saham juga mendatar, tidak rancak.

image

Tetapi kemudiannya isyarat warna penanda aras bertukar dari biru ke merah (isyarat 2) seiring dengan isyarat kitaran (isyarat 1). Isyarat 3 iaitu momentum belum menunjukkan jalur merah, bererti majoriti bursa lain belum menunjukkan penurunan, bagaimanapun jelas KLCI sedang bergerak ke bawah.

Begitulah, bagaimana isyarat-isyarat sistem UT-XRAY membantu saya dalam membuat keputusan yang tepat sebagaimana saya telah memasuki unit trust pada masa yang sangat tepat, pada akhir tahun 2009 dan seterusnya lagi dalam bulan September 2010.

Rumusannya…

sistem UT-XRAY memberi saya sekurang-kurangnya 5 maklumat penting

1. Kitaran naik atau turun bursa

2. Momentum jangka masa panjang, naik atau turun

3. Momentum bursa-bursa lain

4. Kitaran bursa-bursa lain

5. Kadar pecutan naik atau turun

 

Anda pernah rugi, masih takut rugi? InsyaAllah anda tidak perlu gusar.

Ternyata sistem UT-XRAY kami memberi kelebihan berikut:

  • Mengenali bila masa terbaik untuk membeli dan menjual!
  • Walaupun kerugian mungkin tidak dapat dielakkan sepenuhnya, tetapi sistem UT-XRAY jika diikuti boleh menyebabkan keuntungan berganda dalam jangka masa beberapa tahun, mengurangkan risiko kerugian insyaAllah.
  • Di dalam masa yang sama, jika betul berlaku kerugian, ia tidak membenarkan kerugian tersebut menjadi besar.

 

Susah ke?

Jangan risau, segala kiraan dibuat secara automatik oleh analisis saya. Serahkan pada yang pakar. Sistem UT-XRAY hanya untuk saya saja, saya yang akan melihat sistem tersebut, memberitahu anda keputusannya (BELI/JUAL), anda hanya perlu melakukan yang sangat mudah saja, melakukan transaksi dengan pergi ke pejabat public mutual atau melalui telefon atau online.

 

Tidak puas hati? Mahu tahu kenapa?

Saya akan beri anda alasan/justifikasi bagi setiap keputusan yang dibuat, berdasarkan sistem UT-XRAY, melalui e-mail.

 

 

BERMINAT UNTUK MENGGANDAKAN SIMPANAN ANDA?  SILA HUBUNGI SAYA di belirendahjualtinggi@gmail.com

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Bagaimana simpanan boleh berganda?

Unit Trust (equity) sifatnya lebih agresif dari simpanan Tabung Haji, ASB dan sebagainya. Ada potensi untuk naik lebih banyak dan juga potensi untuk rugi banyak juga sebenarnya jika tidak kena caranya. Ada yang kata Unit Trust dari jangka masa panjang lebih menguntungkan dari simpanan tetap lain. Kenyataan ini benar bagi sesetengah unit trust yang cekap diuruskan seperti sesetengah unit trust dalam Public Mutual, berdasarkan sejarah yang lepas. Tetapi bagaiamana akan datang? Hakikatnya Allah saja yang tahu.

Bagaimana jika kita boleh mengambil kesempatan dari sifat agresif unit trust public mutual misalnya ( fund yang diiktiraf oleh penasihat syariah) iaitu kita boleh membeli sewaktu rendah dan menjual sewaktu tinggi sebelum harganya jatuh? Bila harganya baru mula jatuh, kita bertukar (switching) kepada unit trust yang kurang berisiko seperti dalam money market dan islamic bond.

Ia (beli rendah jual tinggi) mungkin sukar dilakukan tetapi tidak mustahil. Alhamdulillah setelah mempunyai pengalaman analisa teknikal selama 10 tahun, saya telah berjaya mencipta kaedah analisa teknikal untuk menentukan waktu yang baik untuk membeli dan menjual unit trust, tanpa perlu membuat ramalan apa akan terjadi esok, lusa, bulan depan dan tahun depan.

Kaedah saya ini sebenarnya memerlukan perisian berharga ribuan ringgit atau/dan kos langganan data yang boleh mencecah ratusan ringgit sebulan. Dan yang paling penting sekali sebenarnya ialah ilmu dan pengalaman.

Tugas seorang agen unit trust paling minima membantu yang lain membuka akaun/memulakan pelaburan. Bagi public mutual, Pelaburan dan tranksaksi seterusnya boleh dibuat sendiri oleh pelanggan melalui telefon (telemutual), online banking (pbebanking) bagi pemegang akaun bank public mutual untuk penambahan, melalui internet (publicmutualonline) ataupun dengan pergi sendiri ke public bank/public mutual.

Agen yang mempunyai kaedah seperti yang saya gunakan insyaAllah dapat memberi nilai yang lebih berharga kepada pelanggan kerana mereka benar-benar mempunyai keupayaan untuk berkongsi ilmu masa yang terbaik untuk membeli dan switching. Mereka yang mempunyai ilmu sebegini dan amanah tidak hanya akan menyuruh pelanggan mereka membeli pada bila-bila masa saja, kerana mereka sedar ada masa yang sesuai dan ada masa yang tidak.

Mereka tidak hanya inginkan komisen saja, tetapi kepuasan pelanggan mereka membawa erti yang besar juga.

Walaupun seperti yang saya sebutkan, kaedah yang saya gunakan sukar atau mahal untuk digunakan oleh kebanyakkan orang, tetapi sebagai unit trust consultant saya boleh insyaAllah berkongsi pandangan dengan pelanggan saya waktu yang terbaik untuk membeli dan menjual. Ia adalah ‘win-win’ situation.

Apabila saya telah menggandakan simpanan saya, saya terfikir pada waktu tersebut, bukankah baik jika saya dapat berkongsi ilmu ini dengan lebih ramai..dan saya tidak akan rugi apa-apa pun.

Baik, ramai yang bertanya betulkah melalui unit trust boleh dapat keuntungan 20%, 30%, 40% setahun seperti diwawarkan oleh sesetengah orang? Sebenarnya ini tidak tepat.

Hakikatnya ada waktu pasaran saham tidak begitu memberangsangkan, ada waktu ia agak rancak naik, dan ada waktunya ia menjunam jatuh. Ramai yang mengatakan mereka banyak untung dengan unit trust, tetapi hakikatnya kebanyakkan mereka untung (banyak) hanyak sewaktu pasaran saham naik, dan mereka hilang keuntungan tersebut sewaktu pasaran harga turun.

Contohnya, sekarang ini, sewaktu saya menulis, bulan September 2010, pasaran saham sedunia sedang naik, malah bursa Malaysia juga sedang rancak naik. Sebelumnya ia berehat, kiranya sekitar April 2010 hingga Ogos/September 2010. Dan sebelumnya ia agak meningkat juga bermula penghujung 2008.

Tahun 2008 amnya pasaran saham menjunam, begitu jugalah dengan unit trust equity yang kebanyakkannya bergerak selari dengan bursa saham. Begitulah pergerakan bursa saham ada turun naiknya. Malah dalam tahun 2005-2006 pasaran saham tidak bergerak begitu cergas. Ingat tahun 1997? Krisis pasaran saham, matawang asia di mana pasaran saham turun sehingga 80%? Hujung tahun 1998 hingga awal 2000 pula komposit Kuala Lumpur bergerak naik sehingga lebih 4 kali ganda.

Disinilah pentingnya ilmu menganalisa pasaran saham bagi menyelamatkan keuntungan. Pasaran saham tidak naik dalam masa sehari dan turun dalam masa sehari. Ia adalah kitaran berbulan dan adakalanya bertahun. Penganalisa yang paling selamat ialah mereka yang dapat menganalisa saham sewaktu ia mula naik dan turun, iaitu bila kitaran bermula tanpa perlu membuat ramalan/spekulasi atau mengikut khabar angin. Jika kebanyakkan khabar angin, ramalan, spekulasi itu benar, sudah tentu ramai yang untung, tetapi hakikatnya tidak. Mereka yang hanya menganalisa penanda aras pasaran saham insyaAllah dapat memaksimakan keuntungan dan meminimakan kerugian.

Ada beberapa kaedah “selamat” dalam unit trust seperti dollar cost averaging dan kaedah sasaran. Ramai yang selesa dengan kaedah-kaedah ini. Tetapi bagi yang ingin memaksimakan keuntungan bolehlah cuba menghabiskan masa bertahun-tahun mempelajari analisa teknikal dan sanggup rugi untuk mendapatkan pengalaman..ataupun mencari agen yang telah melalui pengalaman tersebut.

Tetapi agen yang pakar bagaimanapun, tidak dapat membawa manfaat kepada anda jika anda terlalu berhati-hati sehingga takut untuk melabur. Sekurang-kurangnya cuba dan lihat dulu dengan pelaburan EPF. Sekurangnya wang di EPF itu boleh dialihkan kepada sumber yang diyakini halal insyaAllah.

Berminat untuk menggandakan simpanan anda? Serahkan pada yang pakar. Hubungi kami di belirendahjualtinggi@gmail.com

Posted in Uncategorized | 2 Comments